Jawatan Kosong Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk berkhidmat di Perbadanan Hal Ehwal Angkatan Tentera (PERHEBAT )


JAWATAN  :
1. Pegawai Hal Ehwal Agama     Gred 21  : RM2,555.34 – RM6,271.55 (1 Kekosongan)



SYARAT KELAYAKAN :

i.                    Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
ii.                  Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dari Universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
iii.                Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan;
iv.                 Mempunyai kemahiran ’interpersonal’ yang tinggi dan berkebolehan berhubung secara berkesan di semua peringkat adalah satu kelebihan;

UMUR    : Calon mestilah berumur melebihi 30 tahun mulai tarikh tutup iklan.

TARAF JAWATAN  :       Kontrak


Permohonan boleh dibuat melalui surat dengan menyertakan butir-butir peribadi, pengalaman, salinan sijil-sijil akademik yang disahkan serta gambar berukuran pasport kepada :-


Ketua Pengarah
Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera
Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh
Peti Surat 65, 47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran)

dan hendaklah sampai pada atau sebelum 15 Disember 2011.  Sila tulis nama jawatan di sudut kiri atas sampul surat.  Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk ditemuduga