Jawatan Kosong Majlis Daerah Jempol


Permohonan adalah dipelawa daripada Kakitangan Majlis Daerah Jempol yang berkelayakan dan berumur
tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti
berikut:-

1. PembantuTadbir (P/O) Gred N4-3

CARA MEMOHON:

- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 yang boleh didapati
dari Pejabat Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter). Pemohon juga boleh muat turun borang
permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol di alamat http://www.mdjl.gov.my/web/guest/peluang_pekerjaan dan sertakan
wang pos bernilai RM1.00 semasa permohonan dibuat.
- Permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan Kad
Pengenalan, Surat Beranak, Sijil-sijil, Surat Akuan dan lain-lain dokumen yang telah diakui sah
oleh Wakil Rakyat, mana-mana Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional
atau Kumpulan Sokongan 1 yang diberi kuasa atau Penghulu atau Pengerusi JKKK yang
mempunyai cop rasmi jawatan.
- Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan
Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan
pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan
disertakan bersama.
- Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang
permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

- TARIKH TUTUP PERMOHONAN - 10 FEBRUARI 2012