32 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Sepang




Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-


JAWATAN 1 : ARKITEK LANDSKAP – J1-1 - 1 Kekosongan
JAWATAN 2 : PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – U1-1  - 1 Kekosongan
JAWATAN 3 : PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – U2-1 - 2 Kekosongan
JAWATAN 4 : JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN WILAYAH, - JA3-1  - 1 Kekosongan
JAWATAN 5 : JURUTEKNIK LANDSKAP, GRED JA3-1  - 1 Kekosongan
JAWATAN 6 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) – N4-1  - 2 Kekosongan
JAWATAN 7 : PEMBANTU KESIHATAN AWAM – U4-1  - 9 Kekosongan
JAWATAN 8 : PEMBANTU OPERASI – N5-1  - 3 Kekosongan
JAWATAN 9 : PEMBANTU AWAM – H5-1  - 12 Kekosongan

Untuk mengetahui diskripsi jawatan di atas sila tekan di sini

Perhatian Kepada Pemohon:
a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Bahagian Sumber Manusia Majlis Perbandaran Sepang atau menggunakan borang yang boleh dimuat turun menerusi
laman Web Majlis Perbandaran Sepang di alamat http://www.mpsepang.gov.my/.
b) Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan salinan sah kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah Diploma – jika berkenaan), transkrip
keputusan peperiksaan semua semester yang diakui sah berserta dengan sekeping gambar berukuran passport.
c) Pegawai-pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 Bab `A’ 1973 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan
Perkhidmatan yang kemas kini dan Laporan Prestasi.
d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
e) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
f) Alamat permohonan:
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Sepang,
Persiaran Semarak Api, Cyber 1
63200 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan.
Tarikh Tutup: 3 Februari 2012