Pembantu Penyelidik Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI)


Projek The Malaysian Cohort yang berurusetia di Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) merupakan satu projek penyelidikan kebangsaan yang telah diluluskan oleh Kabinet dan ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kami menjemput anda WARGANEGARA MALAYSIA, BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEMBANTU PENYELIDIK Q17 (MAKMAL & JURUTEKNIK KOMPUTER)
a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
kerajaan; DAN
b) Lulus Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM
c) Keutamaan diberikan kepada calon yang lulus subjek atau mempunyai sijil berkaitan
teknologi maklumat dan perkomputeran atau berpengalaman dalam mengendalikan
komputer

Cara Memohon: Hanya borang lengkap berserta 1 keping gambar berukuran pasport, 1 salinan Kad Pengenalan, 1 salinan Sijil Kelahiran, salinan sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan sahaja akan dipertimbangkan. Hantarkan permohonan anda ke alamat berikut:

Sekretariat The Malaysian Cohort Institut Perubatan Molekul UKM (UMBI) 
Tingkat 7, Blok Klinikal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia 
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Cheras, Kuala Lumpur 
(u.p Bahagian Pentadbiran/Perjawatan)
Tel : 03-91710415 Fax : 03-91710397 
Emel : the_malaysian_cohort@yahoo.com.my 

Sila lengkapkan borang permohonan yang disertakan. Sila layari www.mycohort.gov.my ATAU emel ke alamat berikut ATAU datang sendiri ke pejabat kami untuk mendapatkan borang permohonan dan sebarang maklumat lanjut. Taraf jawatan : Kontrak Tarikh tutup permohonan : Terbuka