Jawatan Kosong Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim



Permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk jawatan berikut:-


                 Jawatan              :               Pegawai Psikologi (S41)
                 Jabatan               :               Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim
                 Klasifikasi            :               Perkhidmatan Sosial
                 Kumpulan          :               Pengurusan Dan Profesional
                Jadual Gaji          :              Gred S41 - P1T1  RM1688.89 – P1T27  RM4638.89

Taraf Jawatan :  Kontrak
                        
Syarat Lantikan :-

Calon-calon hendaklah memiliki :-

Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling dari universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana Muda Kepujian  dalam bidang Sains Tingkah Laku serta Diploma Psikologi  Kaunseling dan yang berkaitan  dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T3)

ATAU

Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling  yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T7)  atau
                       
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Psikologi atau Psikologi Klinikal atau Kaunseling yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi – institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41:P1T10)

DAN

Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Penaklukan di bawah syarat-syarat skim perkhidmatan :


Pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

Cara Memohon :

Permohonan hendaklah menggunakan borang klik sini  atau Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim, dengan menghantar sampul surat berwarna putih berukuran 10cm x 23cm bersetem 30 sen beralamat sendiri. Permohonan yang lengkap
hendaklah dikembalikan ke alamat seperti di bawah sebelum atau pada tarikh tutup permohonan.

Ketua Eksekutif,
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim,
Aras 1 & 2, Bangunan Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor,
Kota Iskandar,
79603 Nusajaya, Johor.

Sebelum atau pada : 15 November 2011