2 Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)




Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
  1. Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41
  2. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17(Guru Tadika)
CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan MAIWP/BKP/BP/08 yang boleh diperolehi dengan melayari laman web di http://www.maiwp.gov.my. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan
seperti berikut:-
(a) Ijazah/Diploma/Sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan
yang disyaratkan, sijil berhenti sekolah dan sijil kelahiran.
(b) Transkrip keputusan semua semester bagi calon-calon yang mendapat kelayakan
ijazah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan yang mengandungi
CGPA. Transkrip yang tidak menyatakan CGPA tidak akan diterima.
(c) Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam
perkhidmatan awam, Badan berkanun atau kuasa tempatan hendaklah dikemuka
kan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan
perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahun terkini perlu
disertakan bersama.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul
surat dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG
DIPOHON.
TARAF JAWATAN : Kontrak

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP :
Ketua Pegawai Eksekutif,
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Aras 10, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh
51200 KUALA LUMPUR
SEBELUM ATAU PADA : 21 NOVEMBER 2011