Jawatan Kosong Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT)



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon ANAK NEGERI SELANGOR yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:-


1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (N17) -2 KEKOSONGAN


SYARAT LANTIKAN
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh  tutup iklan 
jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf  
dengannya; dan2
(d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian 
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang 
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan).
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan dalam Bahasa 
Inggeris dan mengendalikan komputer).

 CARA MEMOHON
a. Permohonan hendaklah menggunakan  Borang  PADAT (1) yang boleh 
didapati di Kaunter Pertanyaan,  Perbadanan Adat  Melayu Dan Warisan 
Negeri Selangor dengan bayaran RM 2.00 sekeping.
b. Setiap permohonan hendaklah menyatakan keterangan lengkap mengenai 
peribadi, kelayakan pengalaman, sekeping gambar berukuran passport, 
salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan sijil-sijil akademik 
berkaitan yang telah disahkan kepada :
Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor,
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam.
( U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia )
c. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan 
Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui 
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ Para 17.
d. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas  6 bulan 
adalah dianggap tidak berjaya.
e. Permohonan yang berikut akan DITOLAK :-
i) Tidak menggunakan borang PADAT (1).
ii) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.
iii) Borang permohonan yang tidak lengkap dan tidak terang.
iv) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
v) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang 
sedang berkhidmat.
vi) Borang permohonan yang tidak ditandatangani dan tiada 
pengesahan.
vii) Permohonan yang lewat.  

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 06 APRIL 2012