131 Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang



Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-
1. Pegawai Penerangan - 1 Kekosongan
2. Pegawai Penilaian     - 3 Kekosongan
3. Jurutera                    - 3 Kekosongan
4. Pegawai Veterina     - 1 Kekosongan
5. Pegawai Perubatan  -  1 Kekosongan
6. Penolong Akauntan  - 3 Kekosongan
7. Penolong Pegawai Penilaian - 2 Kekosongan
8. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran - 6 Kekosongan
9. Penolong Jurutera Awam - 1 Kekosongan
10. Penolong Arkitek Lanskap - 2 Kekosongan
11. Penolong Juruaudit  - 1 Kekosongan
12. Penolong Pegawai Undang-Undang - 1 Kekosongan
13. Penolong Pegawai Penerangan - 1 Kekosongan
14. Penolong Pegawai Tadbir - 2 Kekosongan
15. Pembantu Pertanian - 1 Kekosongan
16. Juruteknik - 4 Kekosongan
17. Pembantu Setiausaha Pejabat - 1 Kekosongan
18. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) - 31 Kekosongan
19. Pembantu Penilaian - 4 Kekosongan
20. Pembantu Penguatkuasa - 8 Kekosongan
21. Penjaga Jentera Elektrik - 1 Kekosongan
22. Pembantu Awam - 41 Kekosongan
23. Pembantu Operasi - 12 Kekosongan

TERTAKLUK DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :-
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

PERHATIAN KEPADA PEMOHON :-

i.Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini dan penilaian prestasi yang terkini;
ii.Permohonan daripada kakitangan Majlis Perbandaran Selayang yang sedang berkhidmat hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan dan mendapat sokongan Ketua Jabatan;
iii.Permohonan mestilah disertakan dengan salinan dokumen dan sijil yang telah disahkan;
( salinan sah juga boleh disahkan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Selayang )
iv.Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil temuduga;
v.Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas ( 3 ) bulan dari tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

PERMOHONAN :-
Borang (MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 tunai/naskah atau boleh melayari melalui Laman Web MPS http://www.mps.gov.my/.
Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
TINGKAT 7, MENARA MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG,
PERSIARAN 3, BANDAR BARU SELAYANG,
68100 BATU CAVES,
SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Iklan : (13 )dlm.MPS 3/2-1378.Jld.4
Tarikh tutup permohonan ialah pada : 17 Februari 2012 (Pukul 5.00 Petang)

Maklumat lebih lanjut sila download di sini