Jawatan Kosong Majlis Sukan Negara Malaysia




Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan yang berkelayakan,
berdedikasi dan komited adalah dipelawa untuk berkhidmat di Majlis Sukan Negara Malaysia bagi
jawatan berikut:-


PEGAWAI PENGANGKUTAN GRED N17/N27 (KONTRAK)

Syarat Lantikan :
(i) Sijil/diploma dalam kejuruteraan automotif yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; DAN
(ii) Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus
Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON:
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh
dimuat turun daripada laman web Majlis Sukan Negara Malaysia di www.nsc.gov.my
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dokumen-dokumen yang DISAHKAN seperti
berikut:-
(i) Salinan sijil persekolahan/diploma dan sijil-sijil berkaitan lain ;
(ii) Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
(iii) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran; dan
(iv) Gambar terbaru berukuran paspot (tidak dikembalikan)

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN:

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat.
Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 JUN 2012 (JUMAAT) dan
dialamatkan kepada:

MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur
( u.p: Cawangan Sumber Manusia )