2 Jawatan Kosong Majlis Daerah Kuala Pilah



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh iklan ditutup untuk memenuhi jawatan kosong seperti berikut :

1. Penolong Arkitek Lanskap - Gred J29 (Tetap)
2. Penolong Pegawai Penguatkuasa - Gred N27 (Tetap)

Cara memohon


 1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas yang boleh didapati daripada urus setia Majlis Daerah Kuala Pilah pada waktu pejabat dibuka dengan bayaran tunai RM1.00.
2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang-borang yang boleh dimuat turun (DOWNLOAD) dan isi dengan lengkap dengan disertakan sekali wang pos RM1.00 sekiranya permohonan dihantar melalui pos atau menyertakan wang semasa mengembalikan borang ke Pejabat MDKP, salinan kad pengenalan, sijil-sijil serta surat-surat akuan yang telah disahkan.
3. Permohonan daripada pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi yang terkini disertakan bersama PU (A)176/ 2005.
4. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang diakui sah oleh mereka yang berkelayakan seperti pegawai kumpulan A(Pengurusan dan Profesional), Pegawai Kumpulan Sokongan 1, Penghulu,JP, Pesuruhjaya Sumpah, Pengerusi JKKK dan setaraf beserta gambar berukuran passport yang dialamatkan kepada :
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Kuala Pilah,
72009 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh Tutup Permohonan :  13 APRIL 2012

Untuk download borang permohonan sila klik di sini